- Al-Qur'an ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril sebagai panduan serta mukjizat agong baginda.
- Pembaca dijanjikan 10 ganjaran pahala bagi setiap huruf yang dibaca. Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata bahwaRasulullahSAW, "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." (HR At Tirmidzi dan berkata, "Hadits hasan shahih).
- Membaca Al-Qur'an dengan betul adalah fardhu ain manakala mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah sahaja.
- Seseorang itu boleh membaca Al-Qur'an dengan betul dengan mengambil bacaan dari mulut ke mulut secara bertalaqqi iaitu guru memperdengarkan bacaan kepada pelajar kemudian pelajar meniru bacaan guru diikuti dengan teguran demi teguran.
- Beginilah cara yang paling tepat yang pernah diajar oleh Rasulullah saw yang mengambil bacaan daripada Jibril kemudian memengajarkannya kepada sahabat-sahabat baginda (ra.hum).
Khamis, 26 Mei 2016
Cara Belajar Al-Qur'an 1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan