Berbasikal sejauh 40km - 50km sudah menjadi kebiasaan bagiku. Semalam, 16 Januari 2015, aku berbasikal dari pekan Rantau Panjang ke Pekan Mundok, Thailand berseorangan. Bukan tak nak ajak sesiapa tetapi keadaan aku untuk menggikut rentak serta kelajuan mereka yang pro amat terhad. Maklumlah, bekas pesakit strok macam aku ni mana boleh buat macam pro.
Pekan munduk terletak di tebing Sungai Kolok di sebelah Thailand. Kalau di sebelah Malaysia, Mundok terletak antara Lubok Gong dan Jeram Perdah. Oleh itu mereka yang mahu ke Mundok mestilah menyeberangi Sungai Kolok menggunakan bot di pengkalan-pengkalan di sepanjang tebing sungai. Secara haram atau secara sah.
Ramai pengunjung dari Malaysia ke Mundok untuk membeli belah. Barang-barang yang di jual di Mundok juga agak murah jika dibandingkan dengan harga di Rantau Panjang mahupun Golok. Antara barangan yang paling laris ialah beras.
Setelah menyeberangi dan membeli-belah serba sedikit, aku pulang ke Malaysia semula dengan menaiki bot. Cuma terpikir dalam benak fikiranku... Kalau cam ginilah gayanya, sudah tentu sempadan Malaysia amat mudah dibolosi oleh pengganas...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan